Jumaat, 8 Februari 2013

Pembudayaan ICT di SKPG 1

PEMBUDAYAAN ICT DI SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG GARONG 1,KOTA BHARU,KELANTAN.
“JANA ERA SIBER”

PENGENALAN
       Penggunaan ICT pada masa ini di Sekolah  Kebangsaan Padang Garong 1 telah menjadi satu kemestian dalam kalangan warga pendidik dan dalam kalangan pelajar di sekolah ini.Dengan kerjasama pihak pentadbir dalam membudayakan penggunaan ICT telah mencetuskan  satu idea untuk menarik minat semua warganya .Maka lahirlah satu moto iaitu “JANA ERA SIBER” bagi membudayakan lagi penggunaan ICT di sekolah.

ICT DI SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG GARONG 1
               Pembudayaan Ict di Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1 bermula sejak awal 80-an lagi.Pada masa itu di pejabat sekolah telah menggunakan kemudahan komputer dan beberapa peralatan moden yang telah memudahkan segala urusan bagi pihak pengurusan sekolah .Kini ,seiring dengan era globalisasi penggunaan ICT telah berkembang pesat sejajar dengan kedudukannya di pusat bandar Kota Bharu  yang mana segala kemudahan dan keperluannya berada di persekitaran.
                Boleh dikatakan hampir seratus peratus semua pihak di sekolah menggunakan kemudahan ICT seperti peralatan komputer,kemudahan mesin fotostat,Riso kertas soalan,
dan beberapa lagi peralatan yang canggih.

RANCANGAN JANGKA PENDEK ICT DI SEKOLAH
VISI
·         Memperluaskan dan mempertingkatkan akses,ekuiti, dan kualiti pendidikan
·         Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang efektif dan selaras dengan pembangunan ICT semasa.
·         Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai pengetahuan teknologi untuk manfaat diri,keluarga,masyarakat dan negara.
MISI
·         Memberi peluang kepada pelajar menggunakan teknologi yang sesuai dalam aspek,pengalaman  dan pembelajaran.
·         Memberi peluang pelajar mengembangkan potensi diri secara optimum untuk menghadapi cabaran masa depan.
·         Menyediakan tenaga kerja untuk keperluan ekonomi semasa dan masa depan .Menyediakan sistem pengurusan pendidikan bersepadu.

MATLAMAT
·         Mewujudkan satu persekitaran teknologi maklumat ICT bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan selaras dengan Dasar ICT Kementerian Pendidikan Malaysia.
OBJEKTIF
·         Meningkatkan pembangunan dan penggunaan infrastruktur ICT di sekolah.
·         Meningkat mutu pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan ICT.
·         Menjadikan sekolah sebagai ‘learning organisation’.
·         Memantapkan pentadbiran dan pengurusan  yang cekap
·         Mewujudkan satu sistem pembangunan manusia di sekolah untuk menangani cabaran dan keperluan perkembangan iCT dan K-ekonomi.
PIAGAM PELANGGAN
·         Memastikan semua warga sekolah boleh menggunakan kemudahan untuk belajar dan berinteraksi dengan komputer dan aksesorinya dengan teknik yang betul
·         Memastikan makmal berfungsi dengan baik dan selamat
·         Mengurus dan menyelesaikan masalah dari segi penggunaan ‘software’ berkaitan dengan pendidikan
       
       MODUL

·       
KUMPULAN SASARAN
·         Guru dan Kakitangan sekolah
·         Pelajar.

OBJEKTIF
·         Meningkatkan literasi dalam kalangan pelajar
·         Menggalakkan minat dan rasa ingin tahu mengenai komputer.
·         Menyediakan peluang dan kemudahan mempelajari pengaturcara komputer kepada guru dan pelajar.
·         Menggalakkan perkongsian idea,maklumat dan pengetahuan dalam kalangan pelajar dan individu dalam masyarakat.
·         Menggalakkan penyertaan kerjasama dan motivasi dalam proses pembelajaran.
·         Menggalakkan penggunaan komputer untuk membantu aktiviti,sekolah dan masyarakat
·         Membantu pelajar berhadapan dengan kehidupan dan berorientasikan komputer.
·         Meningkatkan penglibatan pelajar dalam menggalakkan penggunaan komputer secara positif.
·         Menyediakan tambahan bahan-bahan pengajaran dari internet.
·         Mengenalkan pelajar-pelajar kepada semua bentuk capaian melalui komputer
·         Melatih dan memberi panduan kepada pelajar-pelajar cara mengendalikan komputer dengan teratur dan berkesan.
·         Memberi perkhidmat  meminjam bahan perisian komputer seperti disket dan cakera padat.
·         Menyediakan perkhidmatan bahan rujukan dari pelbagai sumber perisian.
·         Mewujudkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar.

 Makmal Komputer



 CARTA ORGANISASI UNIT ICT SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG GARONG 1
PENGERUSI
TN.HJ.MANSUR B.HUSSAIN
(GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI 1
PN.SUHAIDAH BT.SULAIMAN
(PK.PENTADBIRAN)
     
NAIB PENGERUSI 2
EN.ZAHARI B.ZULKIFLI
(PK.HEM)


 


NAIB PENGERUSI 3
EN.ISMAIL B.AZIZ
(PK.KOKURIKULUM)
   
PENYELARAS ICT
USTAZ WAN ARIFF
  
SETIAUSAHA
PN.RAHIMAH BT.MAT TUSOFF
   
AJK (KETUA PANITIA)
BM – EN JOHARI                                             BI-PN.GAN GREENA                        MATCH-PN.MASITA
SAINS-EN.M.RAZANI                                     PAI-PN.NORIAH                               PSK-EN.ZULKENAN
PSV-PN.SITI ARMA                                         PJK-EN.MAZLAN                             PMZ-EN.AMIRUDDIN
K.HIDUP-EN.YAHYA                                     B.TAMIL-PN.MUNIS                        P.MORAL-EN.SAIPI



MAKMAL KOMPUTER
      Terdapat dua bilik acces komputer iaitu bilik Acces 1 dan bilik acces 2.Di dalam setiap bilik terdapat 40 buah unit komputer untuk kegunaan guru dan murid.Di setiap bilik terdapat satu unit mesin pencetak yang canggih,satu unit LCD dan papan skrin untuk kegunaan semasa sessi pembelajaran.
     Unit ICT telah menyediakan jadual penggunaan pusat Acces 1 dan pusat Acces 2.Guru-guru boleh membawa murid mengikut jadual yang telah di tetapkan.Dengan kemudahan ICT yang ada menjadikan murid seronok untuk belajar di pusat tersebut.



Pusat Acces 1 dan 2

PEJABAT SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG GARONG 1
          Bagi memudahkan pengurusan pentadbiran,pihak pentadbir telah menyediakan beberapa prasarana moden untuk kemudahan kakitangan dan staf sokongan di pejabat.Berbagai kemudahan seperti 6 buah komputer digunakan untuk kegunaan kerani,penolong Kanan Pentadbiran,penolong Kanan Hem ,penolong Kanan Kokurikulun dan juga kemudahan para guru yang berurusan dengan pihak pentadbir.Selain itu,terdapat juga kemudahan mesin fotostat ,kemudahan untuk mencetak dan meriso kertas soalan untuk kegunaan semasa sessi pengajaran dan pembelajaran.
          Sebuah mesin faximili juga telah disediakan untuk urusan yang lebih pantas.Guru-guru juga berpeluang menggunakan kemudahan ini bagi melicinkan proses p&p. Di dalam bilik guru besar juga disediakan sebuah komputer,mesin fotostat yang lebih moden dan peralatan cc tv bagi memantau keselamatan di persekitaran sekolah yang terletak di tengah-tengah bandar ini.Keselamatan murid ,guru serta warga sekolah boleh dipantau dengan adanya kemudahan cc tv ini.

PUSAT SUMBER SEKOLAH
            Pusat sumber sekolah telah menaik taraf penggunaan automasinya daripada manual ke bentuk yang lebih baik.Jika dahulu,pusat sumber menggunakan sistem kata log iaitu urusan masuk stok,peminjaman,pemulangan buku dengan menggunakan sistem tersebut,namun dengan perkembangan kemudahan  ICT kini,pusat sumber sekolah telah memperkemaskan sistem automasinya iaitu satu program yang diberi nama Progran S-Lib.program ini boleh membantu guru-guru dan pengawas pusat sumber menjalankan tugas dengan lebih cepat dan pantas kerana setiap sistem telah di programkan di dalam S- Lib,seperti peminjaman buku,pemulangan buku,catatan kehadiran bertugas,penganugerahan anugerah Nilam dan Rakan Membaca dan kemaskini stok buku.


Sistem Automasi S-Lib.

BILIK GURU SEKOLAH
             Kemudahan komputer juga telah disediakan di bilik guru sekolah.Guru-guru tidak lagi terkejar-kejar untuk menggunakan komputer sama ada di pusat acces atau di pejabat kerana kemudahan  komputer dan mesin mencetak  telah disediakan di bilik guru .Oleh itu,masa guru dapat dijimatkan dan dapat digunakan untuk persediaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Kemudahan komputer ini adalah sumbangan daripada pihak PIBG sekolah.Pihak PIBG sentiasa memberi kerjasama yang erat dari segi keperluan guru dan pendidikan anak-anak mereka.



Komputer Untuk Kegunaan Guru di Bilik Guru sumbangan PIBG

KEMUDAHAN WIFI
        Bagi memudahkan guru-guru dan murid-murid mengakses internet,pihak sekolah telah memasang dua set  kemudahan wifi.Pancaran wifi ini telah diperluaskan sehingga ke setiap kawasan sekolah.Oleh itu, walau di mana saja guru berada di dalam kawasan sekolah ,guru boleh mengakses internet bagi mencari bahan-bahan untuk pengajaran di dalam kelas.Guru-guru juga boleh membawa Laptop sendiri bagi memudahkan lagi kerja guru.Manakala di dalam kelas kemudahan  LCD dan layar skrin telah disediakan.Peralatan ini memudahkan guru-guru menggunakan pengajaran menggunakan komputer,kemudahan tayangan slide,powerpoint,animasi dan sebagainya dapat digunakan.

 
Kemudahan WIFI



Kemudahan ICT di Pejabat dan Bilik Guru Besar

Pengajaran di dalam kelas

KURSUS ICT
    Kursus yang berkaitan dengan pembudayaan ICT telah diadakan di sekolah,antaranya:
·         Kursus Edu-Web TV,yang dijalankan dengan pemantauan oleh pihak PKG-Banggol.
Kursus ini telah dijalankan pada 12April 2010 di makmal komputer dan disertai oleh semua guru SKPG 1.
·         Kursus Zoom-A..Semua murid tahun 6 telah diwajibkan mendaftar dalam program Zoom –A iaitu pembelajaran Interaktif dengan menggunakan komputer.Murid boleh belajar di sekolah atau di rumah dengan pemantauan oleh guru.
·         Kursus Dalaman-Kursus Excel dan Power Point.Sasaran semua guru SKPG 1.Penceramah terdiri daripada guru dalaman yang pakar dalam bidang tersebut.Tarikh kursus.12 April 2010.

KOMEN PIHAK PENTADBIR SEKOLAH MENGENAI ICT

Guru Besar (Tn.Hj.Mansur b.Hussain)
       Beliau berasa bangga kerana persekitaran sekolah yang terletak di tengah-tengah bandar ini maju seiring dengan arus globalisasi.Persekitaran keluarga juga telah menjadikan pembudayaan ICT di sekolah berjalan lancar kerana rata-rata murid datang dari keluarga profesional yang memang telah menggunakan kemudahan ICT di rumah.
Melalui soal –selidik hampir 90% murid mempunyai akaun facebook dan twitter.Menurut tuan guru besar lagi,pihak sekolah telah menyediakan beberapa kemudahan seperti pusat acces internet seperti wifi,makmal komputer dan kemudahan cc tv .Seterusnya pihak sekolah  telah membeli peralatan robotik bagi menjadi lambang untuk mencungkil bakat anak-anak didik agar terlibat dalam bidang reka cipta.Harapan tuan guru besar agar sekolah dapat melahir generasi seratus peratus celik IT.

P.Kanan Pentadbiran(Pn.Suhaidah Sulaiman)
        Menurut beliau ,kemudahan ICT telah mempercepatkan segala proses berkaitan dengan pengurusan sekolah,guru dan murid.Sistem perakam kehadiran seperti Punch Card telah memudahkan untuk mengesan kehadiran guru bagi penyediaan guru ganti.Selain itu lagi menurut beliau,segala urusan surat-menyurat tidak lagi memerlukan masa yang lama untuk sampai ke destinasi kerana kemudahan mesin fax boleh digunakan.Manakala untuk proses mencetak kertas kita boleh menggunakan kemudahan riso yang boleh mencetak kertas dalam jumlah yang banyak untuk kemudahan pengajaran dan pembelajaran.Masa dapat dijimatkan .Sistem papan layar skrin juga telah disediakan di dalam kelas.Guru tidak lagi menggunakan kapur untuk menulis.Pancaran dari LCD juga boleh menarik minat  murid untuk belajar  dengan lebih berkesan .Beliau percaya jumlah peningkatan 5A seramai 36 orang  pada tahun 2011  sedikit sebanyak adalah hasil daripada kemudahan ICT yang telah kita sediakan.

PERANCANGAN UNTUK MENINGKATKAN PENGGUNAAN ICT DI SEKOLAH
·         Guru besar mensasarkan semua guru menggunakan kemudahan ICT dalam proses P&P.
·         Semua guru wajib menyediakan kertas kerja dalam bentuk berkomputer bukan lagi bertulis.
·         Semua murid diwajibkan mematuhi jadual penggunaan makmal komputer seperti yang telah disusun atur oleh Penyelaras Makmal Komputer.
·         Setiap penggunaan ICT hendaklah direkodkan.
·         Sistem pengisian markah secara on-line mengikut format Kementerian Pelajaran Malaysia.
·         Sistem Head Count-yang ditetapkan oleh PPD Kota Bharu dilaksanakan dengan berkesan.

CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN LAGI PEMBUDAYAAN ICT DI SEK.KEB.PADANG GARONG 1

·         Guru-guru diberi kursus dalam  pembinaan Blog dan pencarian maklumat.
·         Murid-murid boleh  menggunakan makmal komputer pada bila-bila masa dengan penyeliaan juruteknik makmal komputer.
·         Kemudahan wifi diperluaskan lagi dengan kapasiti yang lebih tinggi supaya dapat dilayari dengan lebih pantas.
·         Guru-guru diberi pendedahan yang lebih meluas melalui kursus dalaman dalam  penyediaan power point,audio visual,animasi dengan menjemput pakar dalam bidang tersebut.
·         100% penggunaan LCD dalam proses P&P bagi menarik minat belajar dalam kalangan pelajar Sek.Keb.Padang Garong 1.
·         Guru-guru dibekalkan dengan Laptop untuk dibawa masuk ke dalam kelas.


RUMUSAN
     Penggunaan ICT di sekolah Kebangsaan Padang Garong 1 kini semakin berkembang.Segala usaha yang di jalankan oleh pihak pengurusan sekolah sudah pasti memacu pelajar menuju ke era global yang lebih terbentang luas.Dengan adanya kemudahan  ICT ini maka sewajarnya direbut oleh warga sekolah yang terdiri daripada pihak pengurusan,guru dan juga murid untuk mendalami lagi apa yang terkandung di dalam kecanggihan maklumat terkini.Semoga PEMBUDAYAAN ICT DI SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG GARONG 1 akan memberikan manfaat kepada semua warga sekolah.
Sekian.Terima kasih.




0 ulasan:

Catat Ulasan