Isnin, 13 Mei 2013

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Pss 2013





Alhamdulillah majlis Watikah Pelantikan Pengawas PSS 2013 telah berjaya di sempurnakan oleh En.Nik Sazila b.Nik Abdullah Pen.PPD.Peng.Pembangunan Manusia(HEM).Kota Bharu.

PIDATO PIALA DIRAJA QIT BANDAR


Wakil Skpg (1) Isma Adlina Ismadi telah menjadi johan Pidato Piala Diraja peringkat QIT Bandar 2013.

Isnin, 25 Februari 2013

Sajak membaca

Mari kita membaca
Mari kita membaca
Kerana itu suruhan nabi kita
Kerana itu suruhan agama kita
Termaktub dalam Al Quran
Dalam Surah Al Alaq yang
Menyeru kita "Bacalah"

Mari kita membaca
Kerana dengan membaca bertambah ilmu
di dada
Menerangi hidup kita
Kerana ilmu itu cahaya
Kerana ilmu menjaga kita

Mari kita membaca
Biar kita menjadi orang berguna
Tahu yang betul dan tak bermakna
Agar tak tersasar dari jalan orang mulia

Mari kita membaca
Biar kita jadi bangsa berjaya
Tersohor seantero dunia
Agar kita tak diinjak dihina

Mari kita membaca
Bukan hanya untuk lulus periksa
Tapi amalan dan budaya
Biar menjadi bangsa berakhlak mulia
Lagi bijaksana
Berakal budi
Perkasa minda

Mari kita membaca
Untuk mengenal diri kita
Untuk mengenal hakikat Maha Pencipta
Biar kita jadi hamba Allah yang bertaqwa
Diredai Yang Maha Esa

Oleh
Az Zahra SM

Jumaat, 22 Februari 2013

Bengkel GPM dan Pemilihan Idola Nilam Daerah KB

 Bengkel anjuran PKG daerah Kota Bharu telah diadakan pada 18-19Feb. Bengkel ini diadakan di Dewan SMA Tengku Amalin A'ishah Putri..Peserta bengkel terdiri daripada GPM sekolah sekolah seluruh Kota Bharu. GPM telah didedahkan cara-cara pengkelasan dan penjilidan buku oleh MR.Foo  xBTPN. Bengkel ini telah memberi manfaat kepada peserta kerana rata-rata GPM belum pernah menghadiri bengkel seperti ini.
 Sementara GPM berbengkel, pemilihan idola Nilam telah di adakan .Pemilihan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori B.Melayu  tahun 5 dan 6 serta kategori Bahasa Inggeris tahun 5 dan 6.SKPG (1) telah menghantar wakil iaitu Wan Nisrina bt.Wan Nasri...Oleh kerana melalui persaingan yang senget peserta kita hanya mendapat sijil penyertaan.Walau bagaimanapun ucapan tahniah diucapkan kerana bukan senang untuk menyertai pertandingan ini kerana telah melalui beberapa  kriteria pemilihan. Syabas.




Sejarah Skpg(1)



SEJARAH-Copy from blog skpg1
SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG GARONG 1
  Nama asalnya ialah sekolah Melayu Padang Garong.Sekolah ini ditubuhkan oleh Kerajaan Kelantan bertempat di Padang Merdeka (sekarang berhadapan Masjid Muhammadi dan Istana Balai Besar). Ia  merupakan sekoah Melayu pertama di Kelantan yang ditubuhkan pada tahun 1904 iaitu setahun selepas Penubuhan Maktab Melayu  Kuala Kangsar,Perak. Ia diletakkan di bawah kelolaan En. Mohamad Ghazali Bin Arifin sebagai Guru Besar.
  Pada tahun 1908 sekolah ini diperbaiki semula dan bertempat di sebelah timur Pejabat Ukur Kelantan. Pada masa itu sekolah ini mempunyai 4 darjah iaitu darjah satu hingga darjah empat. Guru Besar pada masa itu ialah En.Bongsu yang berasal dari Kampung Kubang Pasu,Kota Bharu.
   Tahun 1936 sekolah ini berpindah ke bangunan baru dua tingkat di Jalan Padang Garong dengan Jalan Mahmood (sekarang di kenali dengan Blok Warisan). Sekolah ini dibuka  dengan rasminya pada 3 Januari 1937 dan diberi nama sekolah Melayu Padang Garong.
    Pada tahun  1968 Sekolah Melayu Padang Garong telah berpindah ke tapak sekarang di kompleks sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab. Pada masa yang sama Sekolah Rendah Kebangsaan Islah yang bertempat di tapak asal Padang Bongor (sekarang Maahad Muhammadi (lelaki) di jalan Pengkalan Chepa ) berpindah ke bangunan Sekolah Kebangsaan Padang Garong (1) sekarang.
    Bangunan ini (Blok Warisan) digunakan juga oleh Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Ismail (2)  secara bergilir dengan SRK. Islah.Kedua-dua sekolah ini berkongsi bengunan dan digunakan secara bergilir-gilir sessi pagi dan petang.
     Pada tahun 1978 SRK.Sultan Ismail (2) berpindah ke Jalan Long Yunus (tempat sekarang) iaitu bersebelahan dengan SM.Dato Ahmad Mahir dan bersetentangan dengan SRJK (C) Pier Chih.
      Pada tahun 1990 SRK .Islah berpindah ke bangunan baru di Jalan Long Yunus berhadapan dengan balai Bomba . Blok Waroisan dikekalkan dengan nama SK.Padang Garong (1). Pada masa itu murid-murid diberi pilihan untuk memilih kedua-dua sekolah tersebut. Pada masa yang sama Sekolah Padang Garong (di kompleks sekolah-sekolah) di tukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Padang Garong (2) dengan mengekalkan lencana sedia ada. Sementara Sek.Keb.Padang Garong (1) menggunakan lencana dan motto yang baru.
      Semasa Guru Besar En.Zakaria Bin Hj.Ismail ,tiga blok bangunan baru mula dibina pada tahun 1993.Pada tahun 1997 semasa Pn.Hjh.Karimah Bt. Ismail sebagai Guru Besar, beliau menamakan blok-blok bangunan itu dengan  Blok Warisan , Blok Bestari, Blok Iltizam,dan Blok Gemilang.

Ahad, 17 Februari 2013

Jumaat, 8 Februari 2013

NILAM

Program Galakan Membaca PDF Print E-mail

PENGENALAN
Suatu tamadun atau bangsa yang bertamadun hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Pendekatan yang terbaik untuk membina bidang ilmu sesebuah negara dan menjana perkembangan mental seseorang ialah melalui amalan membaca yang berterusan dan bukan hanya berorientasikan peperiksaan.
Kajian literasi oleh Perpustakaan Negara Malaysia 1996 mendapati kebanyakkan rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Kajian juga mendapati keutamaan pelajar membaca ialah untuk tujuan pembelajaran dan sedikit untuk bacaan senggang. Suatu pendekatan yang wajar dilaksanakan untuk memupuk tabiat membaca ialah dengan menubuhkan Program NILAM.
APAKAH NILAM?
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu.
Program NILAM ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah.
Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.
Program ini telah mula dengan Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun 1999 dan penilaian pembacaan mereka diteruskan sehinggalah mereka tamat persekolahan.
MENGAPA?
Matlamat program NILAM ialah untuk membina tabiat membaca di kalangan masyarakat negara ini, khususnya golongan pelajar.
OBJEKTIF
Menjadikan murid banyak membaca.
Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
CIRI-CIRI PELAKSANAAN NILAM
Murid
Murid membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, penerbitan dan sinopsis buku yang dibaca ke dalam buku rekod.
Guru
Guru mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid. Data rekod murid henaklah diserahkan kepada Pusat Sumber Sekolah untuk dianalisis. Mulai 2010, i-NILAM diperkenalkan oleh BTP dan semua data berkaitan NILAM telah diup load (muat naik) ke sistem i-NILAM BTP (http://btp.tarantula.my).
Pengumpulan Data
Data pembacaan murid dikumpul dan diselaraskan di peringkat kelas, negeri dan kebangsaan pada setiap tahun.
Pengiktirafan dan Ganjaran
Data rekod bacaan yang dikumpulkan dari sekolah akan dinilai di peringkat kebangsaan. Sekolah juga perlu memberi pengiktirafan kepada murid yang telah mencapai tahap bacaan yang tertinggi. Murid-murid yang banyak membaca diberi pengiktirafan dan ganjaran.

TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM
Pelaksanaan Program NILAM ini dibahagikan kepada dua tahap:
1.  Tahap Jauhari
2.  Rakan Pembaca

TAHAP JUAHARI
Murid-murid pada peringkat ini wajib melibatkan dalamaktiviti pembacaan sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar ( Pertengahan Tahun dalam Tahun 1). Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut :
Tahap Pengiktirafan NILAM Jauhari Sekolah Rendah
BILANGAN BUKU
PENGIKTIRAFAN
90 – 179 buah buku
Gangsa
180 – 269 buah buku
Perak
270 – 359 buah buku
Emas
360 buah buku ke atas
NILAM

RAKAN PEMBACA
Adalah murid-murid yang sudah membaca lebih dari 100 buah buku dan mereka layak dipilih ke tahap ini.
Murid-murid pada tahap Rakan Pembaca akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk turut serta di tempat-tempat aktiviti dan membantu membuat pengesanan kemajuan aktiviti yang dijalankan murid secara tidak formal.
Murid-murid yang dipilih sebagai Rakan Pembaca akan dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini. Mereka akan memilih dan meminjam buku dari pusat sumber sekolah untuk di bawa pulang. Buku-buku yang dipinjamkan akan juga dibaca oleh rakan-rakan, keluarga dan jiran.
Murid juga dilatih untuk menjalankan aktiviti pembacaan bersama rakan-rakan di sekolah seperti aktiviti bercerita, membaca bersama dan bicara buku. Aktiviti yang mereka jalankan akan diberi skor pemarkahan mengikut ramai pendengar, pembaca dan peminjam buku mereka.
Pelajar pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP.
Cadangan markah bagi aktiviti-aktiviti Rakan Pembaca adalah seperti berikut :
MARKAH
PENGIKTIRAFAN
100 – 199
Gangsa
200 – 299
Perak
300 – 399
Emas
400 ke atas
NILAM

SISTEM PEMARKAHAN RAKAN PEMBACA
Bercerita pada 1 sesi x 5 pendengar               = 5 markah*
Membaca bersama 1 sesi x 3 pembaca           = 3 markah*
Bicara buku 1 sesi x 15 pendengar = 5 markah*
Meminjam buku 1 buku x 20 peminjam            = 5 markah*
* Markah maksimum setiap aktiviti

GANJARAN
Apabila aktiviti galakan membaca diberi pengiktirafan dan dipiawaikan melalui NILAM, masyarakat akan dimaklumkan tentang klasifikasi pengiktirafan ini.
Penganugerahan ini akan menjadi satu aset dan pemangkin budaya suka membaca. Antara ganjaran yang diperolehi murid adalah :
Skor markah rekod bacaan murid akan dimasukkan ke dalam Buku Rekod Kemajuan Murid pada setiap akhir tahun.
Markah Rekod bacaan ini dikira dari jangkamasa 6 tahun persekolahan peringkat Rendah dan 5 tahun persekolahan peringkat Menengah.

Markah Rekod Bacaan ini akan dimasukkan ke dalam Sijil Berhenti apabila murid menamatkan persekolahannya.
Pihak sekolah juga wajar memberikan surat sokongan kepada murid yang layak menerimannya.
Murid yang telah mencapai rekod bacaan tertinggi di peringkat kebangsaan akan diberi Anugerah NILAM.

CONTOH-CONTOH AKTIVITI MEMBACA
Projek Pukal
Setiap kelas dibekalkan 30 – 50 buah buku dan murid dibenarkan meminjam buku setiap hari sebanyak mana mampu
Anotasi Buku
Murid digalakkan untuk banyak membaca dan membuat ulasan tentang cerita yang dibaca di dalam buku rekod. Ulasan ini boleh dibentangkan semasa perhimpunan dan murid boleh mendapat markah Rakan Pembaca untuk aktiviti ini.
Khemah Membaca
Kem ini diadakan pada tiap-tiap tahun. Murid akan didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran pengendalian maklumat, ADD dan kerja projek.
Kuiz Bestari
Pada setiap bulan, soalan dikemukakan dan kelas akan menghantar penyertaan yang mebincangkan isu-isu berkaitan Kemanusiaan, Alam Sekitar, Kesihatan, Sejarah, Keselamatan Jalan Raya, Bahaya Dadah dan Bahasa. Pemenag akan dipilih dan diberikan hadiah insentif.

CADANGAN MASA PELAKSANAAN NILAM
Satu masa membaca di perpustakaan dimuatkan dalam jadual kelas mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Ada juga waktu yang diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran kemahiran membaca. Contohnya aktiviti untuk Minggu Pusat Sumber Sekolah.
Murid meluangkan sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu perhimpunan mingguan untuk aktiviti membac seperti membuat ulasan buku.

CABARAN
Program NILAM ini tidak akan mencapai objektif yang ditekankan sekirannya terdapat masalah kurangnya kerjasama dari pihak yang bertanggungjawab dan di samping kelemahan penyediaan prasarana yang akan melembabkan proses pelaksanaan program ini. Antara faktor-faktor yang perlu ditekankan dalam berbagai cabaran melaksanakan prorgram ini seperti:
Penyediaan koleksi bahan-bahan bacaan PSS
Memastikan koleksi bahan di pusat sumber sekolah sentiasa selaras dengan perkembangan semasa agar ia dapat menarik minat murid untuk sering mengunjungi pusat sumber.
Sokongan pihak pentadbiran sekolah
Aktiviti-aktivti pembacaan tidak akan dapat berjalan dengan lancar sekiranya pihak pentadbiran kurang memberi sokongan dalam menjalankan aktiviti Pusat Sumber termasuk menyediakan masa dan hari yang sesuai serta bantuan kewangan untuk menjalankan program ini.
Penglibatan ibu bapa dan guru-guru
Aktiviti membaca akan menjadi lebih aktif dan berkesan sekiranya ibu bapa memberi sokongan membaca semenjak dari kecil kepada murid. Selain itu, guru memainkan peranan penting dalam menekankan bacaan murid di sekolah. Contohnya memuatkan aktiviti-aktiviti bacaan seumpama teka silang kata dan latihan menulis ulasan dalam pengajaran mereka.

IMPAK
Kesan daripada penglibatan murid dalam aktiviti-aktiviti membaca dan kerjasama dari guru-guru serta penyelaras pusat sumber dalam pelaksanaan program ini akan mewujudkan golongan murid  yang mempunyai minat membaca yang tinggi serta menjadikan tabiat membaca sebagai satu cara hidup dalam membentuk masyarakat intelektual, elit dan bermoral dari segi pemikiran juga pertimbangan hidup.

KESIMPULAN
Program NILAM adalah satu pendekatan yang memberi peluang dan galakan kepada murid-murid menggunakan keupayaan diri dalam membentuk tabiat membaca. Pelaksanaan program secara sistematik disokong dengan dokumen dan rekod yang sahih memudahkan penilaian dan pengiktirafan.