Isnin, 25 Februari 2013

Sajak membaca

Mari kita membaca
Mari kita membaca
Kerana itu suruhan nabi kita
Kerana itu suruhan agama kita
Termaktub dalam Al Quran
Dalam Surah Al Alaq yang
Menyeru kita "Bacalah"

Mari kita membaca
Kerana dengan membaca bertambah ilmu
di dada
Menerangi hidup kita
Kerana ilmu itu cahaya
Kerana ilmu menjaga kita

Mari kita membaca
Biar kita menjadi orang berguna
Tahu yang betul dan tak bermakna
Agar tak tersasar dari jalan orang mulia

Mari kita membaca
Biar kita jadi bangsa berjaya
Tersohor seantero dunia
Agar kita tak diinjak dihina

Mari kita membaca
Bukan hanya untuk lulus periksa
Tapi amalan dan budaya
Biar menjadi bangsa berakhlak mulia
Lagi bijaksana
Berakal budi
Perkasa minda

Mari kita membaca
Untuk mengenal diri kita
Untuk mengenal hakikat Maha Pencipta
Biar kita jadi hamba Allah yang bertaqwa
Diredai Yang Maha Esa

Oleh
Az Zahra SM

Jumaat, 22 Februari 2013

Bengkel GPM dan Pemilihan Idola Nilam Daerah KB

 Bengkel anjuran PKG daerah Kota Bharu telah diadakan pada 18-19Feb. Bengkel ini diadakan di Dewan SMA Tengku Amalin A'ishah Putri..Peserta bengkel terdiri daripada GPM sekolah sekolah seluruh Kota Bharu. GPM telah didedahkan cara-cara pengkelasan dan penjilidan buku oleh MR.Foo  xBTPN. Bengkel ini telah memberi manfaat kepada peserta kerana rata-rata GPM belum pernah menghadiri bengkel seperti ini.
 Sementara GPM berbengkel, pemilihan idola Nilam telah di adakan .Pemilihan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori B.Melayu  tahun 5 dan 6 serta kategori Bahasa Inggeris tahun 5 dan 6.SKPG (1) telah menghantar wakil iaitu Wan Nisrina bt.Wan Nasri...Oleh kerana melalui persaingan yang senget peserta kita hanya mendapat sijil penyertaan.Walau bagaimanapun ucapan tahniah diucapkan kerana bukan senang untuk menyertai pertandingan ini kerana telah melalui beberapa  kriteria pemilihan. Syabas.




Sejarah Skpg(1)



SEJARAH-Copy from blog skpg1
SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG GARONG 1
  Nama asalnya ialah sekolah Melayu Padang Garong.Sekolah ini ditubuhkan oleh Kerajaan Kelantan bertempat di Padang Merdeka (sekarang berhadapan Masjid Muhammadi dan Istana Balai Besar). Ia  merupakan sekoah Melayu pertama di Kelantan yang ditubuhkan pada tahun 1904 iaitu setahun selepas Penubuhan Maktab Melayu  Kuala Kangsar,Perak. Ia diletakkan di bawah kelolaan En. Mohamad Ghazali Bin Arifin sebagai Guru Besar.
  Pada tahun 1908 sekolah ini diperbaiki semula dan bertempat di sebelah timur Pejabat Ukur Kelantan. Pada masa itu sekolah ini mempunyai 4 darjah iaitu darjah satu hingga darjah empat. Guru Besar pada masa itu ialah En.Bongsu yang berasal dari Kampung Kubang Pasu,Kota Bharu.
   Tahun 1936 sekolah ini berpindah ke bangunan baru dua tingkat di Jalan Padang Garong dengan Jalan Mahmood (sekarang di kenali dengan Blok Warisan). Sekolah ini dibuka  dengan rasminya pada 3 Januari 1937 dan diberi nama sekolah Melayu Padang Garong.
    Pada tahun  1968 Sekolah Melayu Padang Garong telah berpindah ke tapak sekarang di kompleks sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab. Pada masa yang sama Sekolah Rendah Kebangsaan Islah yang bertempat di tapak asal Padang Bongor (sekarang Maahad Muhammadi (lelaki) di jalan Pengkalan Chepa ) berpindah ke bangunan Sekolah Kebangsaan Padang Garong (1) sekarang.
    Bangunan ini (Blok Warisan) digunakan juga oleh Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Ismail (2)  secara bergilir dengan SRK. Islah.Kedua-dua sekolah ini berkongsi bengunan dan digunakan secara bergilir-gilir sessi pagi dan petang.
     Pada tahun 1978 SRK.Sultan Ismail (2) berpindah ke Jalan Long Yunus (tempat sekarang) iaitu bersebelahan dengan SM.Dato Ahmad Mahir dan bersetentangan dengan SRJK (C) Pier Chih.
      Pada tahun 1990 SRK .Islah berpindah ke bangunan baru di Jalan Long Yunus berhadapan dengan balai Bomba . Blok Waroisan dikekalkan dengan nama SK.Padang Garong (1). Pada masa itu murid-murid diberi pilihan untuk memilih kedua-dua sekolah tersebut. Pada masa yang sama Sekolah Padang Garong (di kompleks sekolah-sekolah) di tukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Padang Garong (2) dengan mengekalkan lencana sedia ada. Sementara Sek.Keb.Padang Garong (1) menggunakan lencana dan motto yang baru.
      Semasa Guru Besar En.Zakaria Bin Hj.Ismail ,tiga blok bangunan baru mula dibina pada tahun 1993.Pada tahun 1997 semasa Pn.Hjh.Karimah Bt. Ismail sebagai Guru Besar, beliau menamakan blok-blok bangunan itu dengan  Blok Warisan , Blok Bestari, Blok Iltizam,dan Blok Gemilang.

Ahad, 17 Februari 2013

Jumaat, 8 Februari 2013

NILAM

Program Galakan Membaca PDF Print E-mail

PENGENALAN
Suatu tamadun atau bangsa yang bertamadun hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Pendekatan yang terbaik untuk membina bidang ilmu sesebuah negara dan menjana perkembangan mental seseorang ialah melalui amalan membaca yang berterusan dan bukan hanya berorientasikan peperiksaan.
Kajian literasi oleh Perpustakaan Negara Malaysia 1996 mendapati kebanyakkan rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Kajian juga mendapati keutamaan pelajar membaca ialah untuk tujuan pembelajaran dan sedikit untuk bacaan senggang. Suatu pendekatan yang wajar dilaksanakan untuk memupuk tabiat membaca ialah dengan menubuhkan Program NILAM.
APAKAH NILAM?
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu.
Program NILAM ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah.
Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.
Program ini telah mula dengan Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun 1999 dan penilaian pembacaan mereka diteruskan sehinggalah mereka tamat persekolahan.
MENGAPA?
Matlamat program NILAM ialah untuk membina tabiat membaca di kalangan masyarakat negara ini, khususnya golongan pelajar.
OBJEKTIF
Menjadikan murid banyak membaca.
Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
CIRI-CIRI PELAKSANAAN NILAM
Murid
Murid membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, penerbitan dan sinopsis buku yang dibaca ke dalam buku rekod.
Guru
Guru mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid. Data rekod murid henaklah diserahkan kepada Pusat Sumber Sekolah untuk dianalisis. Mulai 2010, i-NILAM diperkenalkan oleh BTP dan semua data berkaitan NILAM telah diup load (muat naik) ke sistem i-NILAM BTP (http://btp.tarantula.my).
Pengumpulan Data
Data pembacaan murid dikumpul dan diselaraskan di peringkat kelas, negeri dan kebangsaan pada setiap tahun.
Pengiktirafan dan Ganjaran
Data rekod bacaan yang dikumpulkan dari sekolah akan dinilai di peringkat kebangsaan. Sekolah juga perlu memberi pengiktirafan kepada murid yang telah mencapai tahap bacaan yang tertinggi. Murid-murid yang banyak membaca diberi pengiktirafan dan ganjaran.

TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM
Pelaksanaan Program NILAM ini dibahagikan kepada dua tahap:
1.  Tahap Jauhari
2.  Rakan Pembaca

TAHAP JUAHARI
Murid-murid pada peringkat ini wajib melibatkan dalamaktiviti pembacaan sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar ( Pertengahan Tahun dalam Tahun 1). Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut :
Tahap Pengiktirafan NILAM Jauhari Sekolah Rendah
BILANGAN BUKU
PENGIKTIRAFAN
90 – 179 buah buku
Gangsa
180 – 269 buah buku
Perak
270 – 359 buah buku
Emas
360 buah buku ke atas
NILAM

RAKAN PEMBACA
Adalah murid-murid yang sudah membaca lebih dari 100 buah buku dan mereka layak dipilih ke tahap ini.
Murid-murid pada tahap Rakan Pembaca akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk turut serta di tempat-tempat aktiviti dan membantu membuat pengesanan kemajuan aktiviti yang dijalankan murid secara tidak formal.
Murid-murid yang dipilih sebagai Rakan Pembaca akan dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini. Mereka akan memilih dan meminjam buku dari pusat sumber sekolah untuk di bawa pulang. Buku-buku yang dipinjamkan akan juga dibaca oleh rakan-rakan, keluarga dan jiran.
Murid juga dilatih untuk menjalankan aktiviti pembacaan bersama rakan-rakan di sekolah seperti aktiviti bercerita, membaca bersama dan bicara buku. Aktiviti yang mereka jalankan akan diberi skor pemarkahan mengikut ramai pendengar, pembaca dan peminjam buku mereka.
Pelajar pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP.
Cadangan markah bagi aktiviti-aktiviti Rakan Pembaca adalah seperti berikut :
MARKAH
PENGIKTIRAFAN
100 – 199
Gangsa
200 – 299
Perak
300 – 399
Emas
400 ke atas
NILAM

SISTEM PEMARKAHAN RAKAN PEMBACA
Bercerita pada 1 sesi x 5 pendengar               = 5 markah*
Membaca bersama 1 sesi x 3 pembaca           = 3 markah*
Bicara buku 1 sesi x 15 pendengar = 5 markah*
Meminjam buku 1 buku x 20 peminjam            = 5 markah*
* Markah maksimum setiap aktiviti

GANJARAN
Apabila aktiviti galakan membaca diberi pengiktirafan dan dipiawaikan melalui NILAM, masyarakat akan dimaklumkan tentang klasifikasi pengiktirafan ini.
Penganugerahan ini akan menjadi satu aset dan pemangkin budaya suka membaca. Antara ganjaran yang diperolehi murid adalah :
Skor markah rekod bacaan murid akan dimasukkan ke dalam Buku Rekod Kemajuan Murid pada setiap akhir tahun.
Markah Rekod bacaan ini dikira dari jangkamasa 6 tahun persekolahan peringkat Rendah dan 5 tahun persekolahan peringkat Menengah.

Markah Rekod Bacaan ini akan dimasukkan ke dalam Sijil Berhenti apabila murid menamatkan persekolahannya.
Pihak sekolah juga wajar memberikan surat sokongan kepada murid yang layak menerimannya.
Murid yang telah mencapai rekod bacaan tertinggi di peringkat kebangsaan akan diberi Anugerah NILAM.

CONTOH-CONTOH AKTIVITI MEMBACA
Projek Pukal
Setiap kelas dibekalkan 30 – 50 buah buku dan murid dibenarkan meminjam buku setiap hari sebanyak mana mampu
Anotasi Buku
Murid digalakkan untuk banyak membaca dan membuat ulasan tentang cerita yang dibaca di dalam buku rekod. Ulasan ini boleh dibentangkan semasa perhimpunan dan murid boleh mendapat markah Rakan Pembaca untuk aktiviti ini.
Khemah Membaca
Kem ini diadakan pada tiap-tiap tahun. Murid akan didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran pengendalian maklumat, ADD dan kerja projek.
Kuiz Bestari
Pada setiap bulan, soalan dikemukakan dan kelas akan menghantar penyertaan yang mebincangkan isu-isu berkaitan Kemanusiaan, Alam Sekitar, Kesihatan, Sejarah, Keselamatan Jalan Raya, Bahaya Dadah dan Bahasa. Pemenag akan dipilih dan diberikan hadiah insentif.

CADANGAN MASA PELAKSANAAN NILAM
Satu masa membaca di perpustakaan dimuatkan dalam jadual kelas mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Ada juga waktu yang diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran kemahiran membaca. Contohnya aktiviti untuk Minggu Pusat Sumber Sekolah.
Murid meluangkan sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu perhimpunan mingguan untuk aktiviti membac seperti membuat ulasan buku.

CABARAN
Program NILAM ini tidak akan mencapai objektif yang ditekankan sekirannya terdapat masalah kurangnya kerjasama dari pihak yang bertanggungjawab dan di samping kelemahan penyediaan prasarana yang akan melembabkan proses pelaksanaan program ini. Antara faktor-faktor yang perlu ditekankan dalam berbagai cabaran melaksanakan prorgram ini seperti:
Penyediaan koleksi bahan-bahan bacaan PSS
Memastikan koleksi bahan di pusat sumber sekolah sentiasa selaras dengan perkembangan semasa agar ia dapat menarik minat murid untuk sering mengunjungi pusat sumber.
Sokongan pihak pentadbiran sekolah
Aktiviti-aktivti pembacaan tidak akan dapat berjalan dengan lancar sekiranya pihak pentadbiran kurang memberi sokongan dalam menjalankan aktiviti Pusat Sumber termasuk menyediakan masa dan hari yang sesuai serta bantuan kewangan untuk menjalankan program ini.
Penglibatan ibu bapa dan guru-guru
Aktiviti membaca akan menjadi lebih aktif dan berkesan sekiranya ibu bapa memberi sokongan membaca semenjak dari kecil kepada murid. Selain itu, guru memainkan peranan penting dalam menekankan bacaan murid di sekolah. Contohnya memuatkan aktiviti-aktiviti bacaan seumpama teka silang kata dan latihan menulis ulasan dalam pengajaran mereka.

IMPAK
Kesan daripada penglibatan murid dalam aktiviti-aktiviti membaca dan kerjasama dari guru-guru serta penyelaras pusat sumber dalam pelaksanaan program ini akan mewujudkan golongan murid  yang mempunyai minat membaca yang tinggi serta menjadikan tabiat membaca sebagai satu cara hidup dalam membentuk masyarakat intelektual, elit dan bermoral dari segi pemikiran juga pertimbangan hidup.

KESIMPULAN
Program NILAM adalah satu pendekatan yang memberi peluang dan galakan kepada murid-murid menggunakan keupayaan diri dalam membentuk tabiat membaca. Pelaksanaan program secara sistematik disokong dengan dokumen dan rekod yang sahih memudahkan penilaian dan pengiktirafan.

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas PSS















SENARAI TUGAS

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH


1. Merancang kewujudan PSS dan merangka peranan, kepentingan dan strategi perkembangannya.
2. Menentukan sumber kewangan PSS.
3. Mengagih dan menyelaraskan peruntukan dalam pembelian bahan-bahan PSS seperti bahan cetak (buku dan lain-lain), media teknologi dan bahan-bahan bantu mengajar/ belajar.
 4.Melakukan anggaran perbelanjaan mengurus PSS yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja.
 5.Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan. Contohnya: menentukan jadual tugas, jadual waktu penggunaan PSS, peruntukan masa pinjaman dan lain-lain
6. Merangka strategi perkembangan PSS iaitu membuat unjuran mengenai keperluan-keperluan di masa akan datang. Contoh-contohnya: keperluan fizikal, keperluan bahan-bahan dan kegiatan-kegiatan lain seperti pameran dan sebagainya.
7. Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak tertentu dalam bentuk moral dan material. Contohnya: wang tunai, buku-buku, bahan bantu mengajar, bahan media teknologi, kepakaran tertentu dan sebagainya.

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH

1. Menyelaraskan semua program media yang dirancang dan dilaksanakan.
2. Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pusat Sumber.
3. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS untuk dimajukan ke Jawatankuasa Induk.
4. Menyediakan laporan tahunan Pusat Sumber Sekolah.
5. Merancang dan melaksanakan program perkembangan kakitangan.
6. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
7. Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai media pendidikan yang terdapat di Pusat Sumber.
8. Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti Pusat Sumber.

Peraturan-peraturan Penggunaan Perpustakaan
Disiplin
1.      Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan.
2.      Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.
3.      Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam Perpustakaan.
4.      Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.
5.      Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.
6.      Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
7.      Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
8.      Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
9.      Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang disediakan.
 Bahan-bahan Perpustakaan
1.      Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.
2.      Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari Perpustakaan.
3.      Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat disediakan.
 Pakaian
1.      Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam perpustakaan.
2.      Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke Perpustakaan.
Peringatan:
Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan Perpustakaan

Peraturan-peraturan Penggunaan Bilik Audio Visual

Disiplin
1.      Pelajar diminta senyap apabila memasuki bilik audio visual.
2.      Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam bilik audio visual.
3.      Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis televisyen, video, radio atau peralatan lain serta mengubah kedudukan peralatan ini tanpa kebenaran.
4.      Pelajar dikehendaki menyusun semula kerusi meja sebelum meninggalkan bilik ini.
5.      Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik audio visual semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
6.      Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar bilik audio visual di tempat yang disediakan.
Bahan-bahan bilik audio visual
1.      Sebarang perisian seperti cakera padat, kaset, pita video dan lain-lain tidak dibenarkan ditayang tanpa kebenaran Guru PSS.
2.      Segala perisian di dalam bilik audio-visual tidak boleh dikeluarkan dari bilik ini tanpa pengetahuan Guru PSS.
Pakaian
1.      Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam bilik audio visual.
2.      Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke bilik audio visual.
Peringatan:
Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan bilik audio visual.

Peraturan Penggunaan PSS untuk Guru
1.      Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan bilik semasa menggunakan bilik Pusat Sumber (Perpustakaan atau Bilik Audio Visual.
2.      Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin pelajar di dalam bilik-bilik Pusat Sumber.
3.      Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaan.
4.      Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dengan pengawasan Pengawas Pusat Sumber bertugas atau Guru PSS.
 5.      Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik dikunci selepas menggunakan bilik-bilik Pusat Sumber.

Promosi Pusat Sumber Sekolah

Contoh aktiviti:
1.      Brosur
Contoh isi kandungan:
-         Untuk pelajar –  Peraturan-peraturan penggunaan Pusat Sumber
                               –  Sistem peminjaman dan pemulangan bahan buku
                               –  Sistem peminjaman dan pemulangan bahan bukan buku
                               –  Sistem Pengkelasan Dewey
                               –  Susun atur Pusat Sumber
                               –  Alamat-alamat laman web untuk penyelidikan
                               –  Waktu perkhidmatan
                               –   Alamat laman web Pusat Sumber Sekolah
                               –   E-mel sekolah/ Pusat Sumber Sekolah
-    Untuk guru-guru/ pelawat
                               –   Visi, Misi, Motto, Matlamat & Objektif Pusat Sumber
                               –   Koleksi bahan cetak
                               –   Koleksi bahan bukan buku
                               –   Kemudahan Perkhidmatan
                               –   Susun atur Pusat Sumber
                               –   Waktu perkhidmatan
                               –   Aktiviti tahunan
                               –   Susun atur Pusat Sumber
                               –   Carta organisasi Jawatankuasa Induk
                               –   Alamat laman web Pusat Sumber Sekolah
                               –   E-mel sekolah/ Pusat Sumber Sekolah

2.      Orientasi PSS – Pada awal tahun untuk pelajar-pelajar
                                  - Sekolah rendah - semua
                                  - Sekolah menengah – pelajar Tingkatan 1 dan 6
                                  – Pengenalan sistem peminjaman dan penggunaan Pusat Sumber
                                  – Perkhidmatan PSS
 3.      Aktiviti Promosi PSS – Pameran/ publisiti
                                     – Papan kenyataan
                                              – Buletin
                                              – Papan kenyataan
                                              – Promosi bahan baru
                                              -  Promosi sudut

                                   Senarai Tugas

PENGERUSI
 
SETIAUSAHA
 
GURU PERPUSTAKAAN
 
GURU MEDIA
 
PENGAWAS PSS
 
KETUA PANITIA
 
PENGAWAS PSS / KERANI PSS


SENARAI TUGAS PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH (GPK 1)
1.  Bertanggungjawab kepada Pengetua
2.  Merancang pembangunan sumber manusia PSS dan mengemukakannya kepada J/Kuasa Induk PSS
3.  Mengawal selia dan menyelaras perbelanjaan dan rekod kewangan/stok PSS
4.  Mewujudkan hubungan yang baik dengan Agensi luar seperti PSPN, BTP dan lain-lain supaya memperoleh pengetahuan yang terkini
5.  Mempengerusikan Mesyuarat J/Kuasa Kerja
6.  Merangka Program Lima Tahun PSS bersama AJK PSS
7.  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua
8.  Memilih dan melantik Guru-guru PSS bersama Setiausaha

SENARAI TUGAS SETIAUSAHA
1.  Membantu dalam pengelolaan, pentadbiran dan penggunaan
2.  Mentadbir, menyelaras perkhidmatan PSS
3.  Merancang skim latihan untuk guru-guru PSS, guru-guru lain, Kerani PSS dan Pengawas PSS
4.  Memilih dan melatih Pengawas PSS, Pelajar dan Pembantu PSS
5.  Menyediakan Bibliografi untuk kegunaan guru dan pelajar
6.  Merancang bersama AJK PSS segala aktiviti PSS untuk sepanjang tahun
7.  Menyediakan laporan, taklimat dan memaklumkan kepada semua pihak yang berkenaan mengenai perkhidmatan PSS
8.  Menguruskan mesyuarat-mesyuarat J/Kuasa Induk dan Kerja PSS
9.  Menyediakan perancangan dalam penggunaan dan pembangunan PSS dan mengemukakannya kepada J/Kuasa Induk pentadbiran PSS
10. Mengurus perbelanjaan dan rekod kewangan PSS
11. Merangka dan menghasilkan Program Lima Tahun PSS bersama AJK PSS
12. Menjadi Setiausaha J/Kuasa pentadbiran PSS
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar/Pengetua/GPK 1
14. Bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod dan fail berkaitan PSS
15. Memastikan semua aktiviti yang dirancang berjalan dan dilaksanakan mengikut perancangan 

GURU PERPUSTAKAAN
1. Membantu Penyelaras dalam pengurusan dan pentadbiran PSS
2. Mengkelas, merekod dan mengkatalog koleksi bahan perpustakaan
3. Menjalankan kerja-kerja membaikpulih, menyemak dan menghapuskira koleksi/bahan perpustakaan
4. Menceriakan suasana perpustakaan supaya dapat menarik minat pelajar menggunakan perpustakaan
5. Menyediakan rancangan pembangunan fizikal, perabot dan koleksi bahan
6. Menyediakan perancangan dan melakukan promosi  aktiviti perpustakaan yang bersesuaian dengan objektif PSS
7. Menubuhkan J/Kuasa  Guru Pembantu Perpustakaan  dan pengagihan bidang tugas
8. Mengadakan orientasi bagi pelajar-pelajar baru supaya mereka tahu menggunakan PSS dengan baik dan betul
9. Mempromosi dan mempamerkan koleksi bahan-bahan baru yang diterima untuk makluman guru dan pelajar
10. Mengatur jadual waktu penggunaan perpustakaan mengikut keperluan di sekolah
11. Melatih dan menyelia Kerani dan Pengawas Perpustakaan untuk membantu menguruskan perpustakaan
12. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
13. Memperoleh dan menyemak Bibliografi-bibliografi, Katalog-katalog daripada penerbit-penerbit atau punca-punca tertentu untuk mengetahui jenis-jenis buku yang perlu dan dapat dibeli.
14. Mengajar kemahiran pengendalian maklumat kepada guru-guru, dan pelajar mengikut keperluan.
15. Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun
SENARAI TUGAS GURU MEDIA
UNIT TEKNOLOGI / APD
1.  Membantu Penyelaras PSS dalam pengelolaan, pentadbiran dan penggunaan PSS
2.  Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh J/Kuasa Induk
3.  Menyedia dan menyesuaikan  Jadual Waktu TVVP dan lain-lain media Teknologi
4.  Memastikan guru-guru membuat catatan pada buku rekod berkenaan
5.  Membuat  penilaian terhadap program TVP dari semasa ke semasa.
6.  Menyediakan laporan-laporan mengenai penggunaan Rancangan TVP dan bahan-bahan media teknologi lain kepada J/Kuasa Induk PSS
7.  Memberi pendedahan dan latihan mengenai penggunaan Media Teknologi di PSS kepada guru-guru lain, Kerani PSS dan Pengawas
8.  Mengesyor dan menggalakkan penggunaan sumber-sumber  bagi meninggikan tahap pencapaian pengajaran dan pembelajaran
9.  Mengurus dan mengelolakan usaha-usaha produksi dan duplikasi sumber-sumber perisian media teknologi di PSS
10. Bertanggungjawab dalam penyusunan perkakas dan perisian media teknologi di PSS
11. Membuat penilaian mengenai perkhidmatan dan penggunaan bahan teknologi di PSS
12. Mengenalpasti dan mencadangkan kemasukan alat/ teknologi baru mengikut keperluan dan kemampuan sekolah.
13. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Pengetua

SENARAI TUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER
1.  Membantu dalam pengedaran bahan buku (peminjaman dan pemulangan)
2.  Membantu dalam penyusunan bahan-bahan di rak dan lain-lain
3.  Menyimpan dan menyusun bahan-bahan yang telah digunakan oleh para pengguna ketempat asal
4.  Menjaga kebersihan PSS termasuk tugas kemas-mengemas
5.  Membantu melakukan kerja memproses bahan-bahan seperti melabel, cop hak milik dan sebagainya
6.  Membantu dalam penyemakan buku-buku, majalah, akhbar yang diterima daripada pembekal
7.  Membantu menguruskan fail tegak/buku skrap
8.  Membantu menguruskan alat pandang dengar termasuk perkakasan dan bahan perisian
9.  Membantu mempromosikan PSS
10. Seranta dan mewujudkan perhubungan dengan para pengguna
11. Membantu pelanggan dalam penggunaan PSS
12. Membantu membaikpulih bahan-bahan rosak
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru PSS

GURU PANITIA MATAPELAJARAN / PENASIHAT KELAB

1.  Membantu J/Kuasa PSS memilih dan mendapatkan  alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk kegunaan guru dan pelajar
2.  Membantu J/Kuasa PSS menilai keberkesanan alat dan bahan media yang dibeli atau dihasilkan sendiri
3.  Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengetua
4.  Merancang pembangunan koleksi bahan mengikut mata pelajaran.
5.  Membantu menyusun, mempromosi dan menyediakan senarai alat/bahan mengikut kemudahan guru-guru.

SENARAI TUGAS PENGAWAS PSS / KERANI PSS
URUSAN AWAM
a.  Mengawal perpustakaan semasa dibuka
b.  Mengaturkan buku-buku yang telah dipulangkan di atas rak-rak
c.   Menjaga kebersihan perpustakaan
 PINJAMAN
a.  Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pinjaman
b.  Menyemak buku-buku yang dipulangkan
c.  Mengirimkan notis peringatan kepada peminjam-peminjam yang belum memulangkan buku
d.  Menyediakan perangkaan mengenai pinjaman
 PEMBELIAN
 a. Menjalan kerja perkeranian mengenai pembelian seperti menyediakan senarai pesanan, menaipkan surat dan menyemak bahan-bahan yang baru dibeli
 MEMPROSESKAN BUKU-BUKU
a.  Menyediakan senarai rak
b.  Menulis nombor panggilan di atas tiap-tiap buku
c.   Menyediakan kocek dan slip tarikh bagi setiap buku
d.   Menyediakan kad-kad katalog serta lain-lain kerja berkaitan dengan memproses buku, majalah dan sebagainya
 MEMPERBAIKI BUKU
a.   membaikpulih buku-buku yang rosak atau koyak
b.   menjilid majalah dan lain-lain yang perlu
 BAHAN-BAHAN YANG BUKAN BERBENTUK BUKU
a.   Menyediakan bahan-bahan yang bukan berbentuk buku seperti gambar-gambar, guntingan akhbar dan sebagainya
MENAIP
a.   Pengautomasian PSS
b.   Menaip kad-kad Katalog bagi setiap buku, senarai buku dan sebagainya
REKOD
a.   Merekod dan menyimpan mengenai bahan-bahan dan kewangan PSS
b.   Menguruskan hal-hal berkaitan dengan 'Stock Checking'/Penyemakan Stok
c.    Menyusun Kad-kad Katalog
SERANTA
a.   Menyediakan Pameran Buku, Papan Kenyataan dan sebagainya
LAIN-LAIN TUGAS
a.   Menolong guru-guru PSS dalam pentadbiran am dan sebagainya
b.   Menjalankan tugas-tugas lain mengenai PSS yang diarahkan oleh Guru-guru PSS, Penyelaras PSS (GKP 1) dan Pengetua

Pengawas Pusat Sumber Sekolah

A.        PENGAWAS
1. Pengawas dilantik daripada para pelajar tingkatan 1,2,3,4,5 dan 6 (S.M) Pengawas dilantik daripada para pelajar tahun 4,5 dan 6 (S.R)
2  Perlantikan Pengawas dilantik oleh AJK PSS dan Guru-guru.
3. Bilangan Pengawas PSS bergantung kepada keperluan PSS.
4. Sediakan jadual bertugas Pengawas PSS

VISI DAN MISI



VISI PSS
Membudayakan tradisi membaca dan mengembangkan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
MISI PSS
Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat penyebaran, rujukan ilmu dan maklumat
MOTTO PSS
Pusat Sumber Sekolah Ke arah Kecemerlangan Budaya Ilmu
MATLAMAT PSS     
  • Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
  • Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.
  • Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.
  • Mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat  menerusi penggunaan komputer.
OBJEKTIF PSS
  • Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.
  • Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan menghasilkan sumber-   sumber pengajaran dan pembelajaran
  • Meningkatkan profesionalisme guru
  • Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
  • Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.
  • Menyediakan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan Pelajar

Fail Kuasa PSS



Bab 1 : Pengenalan Kepada Fail Kuasa Pusat Sumber Sekolah
1.1 Pendahuluan
1.2 Tujuan
1.3 Isi kandungan
1.4 Prosedur pindaan
Bab 2 : Maklumat Pusat Sumber Sekolah
2.1 Sejarah Penubuhan PSS
2.2 Lokasi PSS (pelan)
2.3 Visi PSS
2.4 Misi PSS
2.5 Piagam PSS
2.6 Matlamat PSS
2.7 Objektif PSS
2.8 Fungsi & peranan PSS
Bab 3 : Jawatankuasa Pentadbiran Pusat Sumber Sekolah
3.1 Jawatankuasa Induk PSS:-
(a) struktur organisasi
(b) senarai tugas
3.2 Jawatankuasa Kerja PSS:-
(a) struktur organisasi
(b) senarai tugas
Bab 4 : Pengawas Pusat Sumber Sekolah
4.1 Badan Pengawas PSS (struktur organisasi)
4.2 Prosedur pemilihan Pengawas PSS:-
(a) kriteria pemilihan
(b) pakaian seragam
(c) kehadiran
(d) senarai tugas
(e) senarai semak
(f) borang kebenaran
(g) surat pelantikan
4.3 Sistem Merit Pengawas PSS
Bab 5 : Peraturan Pusat Sumber Sekolah
5.1 Peraturan Am
5.2 Peraturan Khusus
5.3 Peraturan Penggunaan Alat / Ruang (Bilik)
5.4 Peraturan Pinjaman dan Pemulangan Bahan / Alat
Bab 6 : Pengurusan & Pentadbiran Pusat Sumber Sekolah
6.1 Pengurusan Sistem Fail PSS
6.2 Rekod-rekod Penggunaan, Pinjaman & Pemulangan
6.3 Rancangan Tahunan PSS
6.4 Laporan PSS (bulanan & tahunan)
6.5 Manual Prosedur Kerja (MPK)
6.6 Fail Meja (FM)
6.7 Rancangan Pembangunan PSS
6.8 Dokumentasi
Bab 7 : Koleksi Bahan Pusat Sumber Sekolah
7.1 Dasar pemilihan buku dan bukan buku
7.2 Prosedur pemilihan koleksi buku dan bukan buku (jenis, nisbah, bahasa dan sebagainya)
7.3 Proses pemilihan dan pemerolehan bahan / alat
7.4 Pemeliharaan dan pemuliharaan koleksi PSS
Bab 8 : Kewangan Pusat Sumber Sekolah
8.1 Prosedur kewangan
8.2 Punca kewangan
8.3 Anggaran Perbelanjaan
8.4 Laporan Kewangan
Bab 9 : Organisasi Bahan Pusat Sumber Sekolah
9.1 Pengurusan bahan secara berpusat
9.2 Sistem Pengelasan
9.3 Proses Teknik
9.4 Pengkatalogan
9.5 Lokasi bahan
9.6 Penyusunan bahan
Bab 10 : Aktiviti Pusat Sumber Sekolah
10.1 Mesyuarat / Taklimat
10.2 Kursus / Bengkel
10.3 Pertandingan
10.4 Program Perkembangan Staf
10.5 Program Orientasi PSS
10.6 Lawatan
10.7 Gotong Royong
10.8 Pameran
10.9 Minggu PSS
10.10 Promosi PSS
10.11 Program Panitia Mata Pelajaran
10.12 Aktiviti Galak Guna PSS
Bab 11 : Stok dan Inventori Pusat Sumber Sekolah
11.1 Pengurusan Harta Modal (Kew 312)
11.2 Penyenggaraan Harta Modal (Kew 312A)
11.3 Daftar Inventori (Kew 313)
11.4 Daftar Bekalan Pejabat (Kew 314)
11.5 Rekod Perolehan Bahan Buku
11.6 Rekod Perolehan Bahan Bukan Buku
11.7 Rekod Perolehan Akhbar
11.8 Rekod Perolehan Majalah
11.9 Semakan stok (buku, bahan bukan buku, perabot dan peralatan)
11.10 Pelupusan
11.11 Hapuskira
11.12 Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (Kew 315)
Bab 12 : Sirkulasi / Edaran Bahan Pusat Sumber Sekolah
12.1 Sistem sirkulasi
12.2 Keahlian
12.3 Pinjaman berkelompok
Bab 13 : Perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah
13.1 Jenis-jenis perkhidmatan:-
(a) Peminjaman buku
(b) Peminjaman buku rujukan
(c) Peminjaman berkelompok
(d) Peminjaman bahan bukan buku
(e) Peminjaman peralatan
(f) Peminjaman pihak luar
(g) Reprografi
(h) Koleksi soalan
(i) Rakam salin
(j) Sebaran maklumat
(k) Rekreasi
(l) Khidmat nasihat dan bimbingan
(m) Pameran
(n) Promosi dan sebagainya
13.2 Waktu perkhidmatan:-
(a) Satu masa khas setiap kelas
(b) Waktu rehat
(c) Waktu tengah hari
(d) Waktu petang
(e) Hari sabtu
(f) Cuti sekolah
(g) Jadual waktu Guru Perpustakaan & Media
Bab 14 : Automasi Pusat Sumber Sekolah
14.1 Sistem yang digunakan
14.2 Sistem keselamatan
14.3 Menu utama
14.4 (Output)
14.5 Prosedur memasukkan data
14.6 Alat Pembaca Label Kod Berpalang (Bar code)
14.7 Rangkaian (networking)
14.8 Carian maklumat
14.9 Laporan
Bab 15 : Program Bacaan (NILAM)
15.1 Konsep Program NILAM:-
(a) Latar belakang
(b) Rasional
(c) Asas pertimbangan
(d) Pendekatan
(e) Model program nilam
(f) Tahap program nilam (jauhari & rakan pembaca)
(g) Sistem ganjaran
15.2 Strategi pelaksanaan Program NILAM:-
(a) Pengenalan
(b) Pelaksanaan
(c) Bahan
(d) Peranan
(e) Pengumpulan data
(f) Contoh-contoh rekod bacaan
(g) Aktiviti NILAM – Bulan Membaca Kebangsaan (Julai), Hari Buku Sedunia (23 April), Hari Pusat Sumber Sekolah Antarabangsa (Hari Isnin minggu keempat bulan Oktober)
Categories: PSS Label:Am, Fail Kuasa, Pengurusan, PSS, tip
3 Februari 2010 bizzlani Tinggalkan komen
Sesiapa yang nak lagu KBSR tahun 2 bolehlah download kat tempat download dalam folder lagu ataupun klik disini
Categories: PSS Label:Am, kbsr, lagu, mp3, tahun 2
30 Januari 2010 bizzlani Tinggalkan komen
Bahagian-bahagian dalam Fail Kuasa:-
Fail Kuasa PSS terdiri daripada bahagian-bahagian yang dinyatakan seperti berikut:-
(a)  Muka surat judul
(b)    Pengenalan kepada Fail Kuasa
(c)  Isi kandungan Fail Kuasa
(d)  Kandungan dan pindaan mengikut bab
Susunan kandungan Fail Kuasa:-
Kandungan dalam Fail Kuasa hendaklah disusun seperti berikut:-
(a)  Setiap bab akan dinamakan mengikut tajuk utama
(b)  Selepas tajuk utama akan disusun pula kandungan bab berkenaan
(c)  Borang berkuatkuasa bab berkenaan yang telah disahkan
(d)  Jika ada pindaan, borang pindaan akan disusun di akhir bab berkenaan
mengikut bilangan pindaan (sila rujuk Lampiran B – gunakan kertas berwarna hijau).
Categories: PSS Label:Am, Panduan, Pengurusan, PSS, tip
22 Januari 2010 bizzlani 1 komen
GPMS haruslah bertanggungjawab merangka isi kandungan sesebuah Fail Kuasa sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk PSS. Ini adalah kerana salah satu fungsi utama jawatankuasa tersebut adalah menentukkan dasar atau polisi mengenai peraturan , perlantikkan jawatankuasa, pemerolehan bahan, proses kerja dan sebagainya. Selepas mendapat persetujuan dalam mesyuarat tersebut barulah Fail kuasa berkenaan dikuatkuasa sepenuhnya.GPMS perlu mengisi “Borang Pengesahan Bab Fail Kuasa PSS” yang dicetak dengan kertas warna kuning.
Categories: PSS Label:Am, Panduan, Pengurusan, PSS, tip
19 Januari 2010 bizzlani Tinggalkan komen
1. Tidak menjejaskan pengurusan PSS apabila berlaku pertukaran Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (GPMS)
2. GPMS baru dapat terus menyambung kerja dan tugas dengan merujuk fail kuasa tersebut.
3. Mengelak berlakunya percanggahan idea dalam proses kerja di kalangan ahli jawatankuasa dan kakitangan PSS.
4. Dapat mewujudkan satu penyelarasan dan kesinambungan dalam pengurusan dan pentadbiran PSS.
-dipetik dari buku panduan pengurusan PSS untuk GPMS keluaran BTP-
Categories: PSS Label:Am, Pengurusan, PSS, tip
17 Januari 2010 bizzlani 1 komen
Fail kuasa PSS adalah fail yang paling penting dalam menguruskan sesebuah PSS. Fail Kuasa merupakan rekod penting tentang dasar / polisi dan keputusan-keputusan yang diambil mengenai satu-satu prosedur PSS.
Anggapan yang mengatakan bahawa Fail Kuasa itu sama dengan “Rancangan Pembangunan PSS (Blue Print)” adalah salah.  ‘Blue Print’ adalah sebahagian daripada Fail Kuasa.  Dengan itu segala perkhidmatan, program dan aktiviti yang dirancangkan dapat dilaksanakan mengikut landasan yang ditetapkan dalam fail kuasa.
Fail Kuasa merupakan satu rekod tentang pernyataan dasar dan keputusan yang diambil tentang satu-satu prosedur PSS.  Fail Kuasa PSS harus dirangka secara kolektif oleh Ahli Jawatankuasa PSS dan perlu diubah suai dari semasa ke semasa mengikut keperluan PSS berkenaan.
Categories: PSS Label:Panduan, Pengurusan, PSS, tip
10 Januari 2010 bizzlani Tinggalkan komen
  1. Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko kurikulum
  2. Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran.
  3. Merupakan tempat bahan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dipilih dan dinilai untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.
  4. Menjadi pusat perhubungan diantara sekolah dengan agensi maklumat lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.
  5. Memberi panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahankan maklumat selaras denga keperluan kurikulum.
  6. Menggalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
  7. Menyediakan peluang pelajar mengambangkan kemahiran pembelajaran kendiri.
  8. Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
  9. Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
  10. Menyediakan alatan reprografi dan rakamsalin serta memberi perkhidmatannya bagi memudahkan proses pembelajaran.
-dipetik dari buku Panduan Pengurusan dan Penggunaan Pusat Sumber Sekolah, tulisan Jamaiah Hj Osman dan Yusop Khan Loth Khan-
Categories: PSS Label:Am, Panduan, Pengurusan, PSS, tip
5 Januari 2010 bizzlani Tinggalkan komen
Menurut buku “Pusat Sumber Sekolah Untuk Sekolah Rendah dan Menengah” tulisan Siti Hajar Hj Abdul Aziz dan Kamarudin Hj Husin (1996),keluaran Budiman Sdn.Bhd, menyatakan terdapat empat matlamat utama iaitu :
Untuk meningkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah.
Membentuk profesion perguruan yang lebih matang dan mantap.
Mewujudkan golongan pelajar yang berpengetahuan, dinamis, kreatif dan berdisiplin.
Merapatkan jurang perbezaan kemudahan pendidikan antara sekolah luar bandar dengan bandar.
Manakala, buku “Panduan Mengurus Pusat Sumber Sekolah” keluaran PTS Profesional (2005), menyatakan matlamat Pusat Sumber Sekolah ialah:
Meningkatka mutu pendidikan di sekolah.
Membantu meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru supaya lebih berilmu, dinamik, kreatif dan inovatif.
Membentuk golongan murid yang berilmu, dinamik, kreatif dan berdisiplin serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.
Jika dilihat daripada pendapat dari dua buah buku tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa matlamat PSS adalah meningkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah dan juga membantu guru-guru dan juga pelajar meningkatkan tahap pendidikan mereka supaya menjadi golongan yang lebih berilmu, kreatif, dinamik dan berinovasi serta berdisiplin.
Categories: PSS Label:Am, PSS
20 Disember 2009 bizzlani Tinggalkan komen
Pusat Sumber Sekolah atau lebih dikenali sebagai PSS adalah satu tempat dimana dikumpulkan segala jenis alat dan bahan media pendidikan. Semua bahan dan alat ini dikelaskan, dikatalogkan dan disusun atur supaya pengguna mudah untuk menggunakannya.
Kebanyakkan guru ataupun murid telah tersalah anggap. Mereka menganggapkan bahawa PSS itu adalah perpustakaan, sebenarnya PSS merangkumi keseluruhan sekolah manakala perpustakaan adalah salah satu komponen yang ada dalam PSS.
Konsep sebenar PSS adalah merangkumi semua aspek pengajaran dan pembelajaran, melalui penggunaan alat dan bahan yang disediakan.